Sejarah LANGKAWI


Tugu Lang di Dataran Helang berhampiran jeti Kuah.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

++ASAL USUL++

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi".


"Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi adalah beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh tradisi hindu jawa. "Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.

++GEOGRAFI++

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah. Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

++MITOS & LAGENDA++

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
  1. Gergasi Bertarung

  2. Pulau Dayang Bunting

  3. Mahsuri

  4. Puteri Dayang Sari

  5. Telani dan Telanai

  6. Geroda dan Jentayu

  7. Telaga Tujuh

1 comments:

Agen Bola Tangkas said...

Aladin88 adalah Master Agen Betting Online Terpercaya. Kami menyediakan jasa pembuatan account betting online dari permainan SBOBET, IBCBET, 368BET (CMDBET), Winnning FT, Ubobet, SBO Casino 338a, Ion Casino, CBO855, Tangkasnet, Tangkas88, 9Joker, Klik4D, Isin4D, dan AsiaPoker77.
YM: cs1.aladin88@yahoo.com
Pin BB: 2B1D5AD1
WeChat : aladin88cs
Whatsapp: +855962761968
SMS: + 6281287457208

Post a Comment